Dalam membuat sesuatu keputusan dan pilihan dalam kehidupan, anda perlu bertindak bijak dalam menyusun strateginya dan merancang tindakan yang perlu diambil dari pelan strategi yang dibuat. Dalam bahagian ini kita akan mengulas dengan lebih lanjut bagaimana langkah-langkah untuk membuat sesuatu keputusan dan pilihan yang bijak dalam menentukan masa hadapan yang cemerlang dunia dan akhirat.
1. Menetapkan matlamat
Dalam
merangka masa depan yang realistik, anda terlebih dahulu perlu
meletakkan satu matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Misalnya jika
anda bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor, maka anda perlu
memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan
diduduki. Selepas itu, barulah anda boleh memohon untuk memasuki
institusi yang menyediaakan program-program persediaan untuk melanjutkan
pengajian dalam bidang perubatan. Justeru itu, pada peringkat awal,
anda wajib memiliki matlamat yang jelas. Ingat matlamat itu menjadi
tanda arah untuk anda mencapai cita-cita.
2. Tuliskan seberapa banyak alternatif yang boleh difikirkan.
Disini
pelajar perla melihat kesan baik dan buruk alternatif yang difikirkan
tadi. Buat kajian ringkas kebaikan dan cabaran yang di hadapi apabila
memutuskan untuk memilih satu-satu bidang kerjaya.
3. Fikirkan di mana boleh diperolehi maklumat lain sebagai alternatif yang boleh digunakan.
Pelajar
perlu mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak yang tertentu dan
berkaitan dengan maklumat ayng diinginkan itu. Contohnya pelajar boleh
memperolehi daripada rakan-rakan, keluarga, agensi-agensi negeri dan
pusat, organisasi profesional, online service, akhbar, majalah,
buku-buku dan lain-lain lagi. Namun apa yang pasti maklumat daripada
kaunselor-kaunselor sekolah atau tempat anda belajar perlu diperolehi
agar dapat digunakan untuk membuat pilihan dan keputusan.
Melalui
kaunselor juga, pelajar akan mampu menyedari tentang keupayaan dan
kemampuan diri dalam sesuatu perkara. Contohnya pelajar boleh juga
mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya daripada kaunselor-kaunselor
anda dalam menentukan masa hadapan kerjaya anda sendiri. Perancangan
yang tepat dan bijak serta mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada
kaunselor, seseorang itu mampu untuk menentukan masa hadapan atau arah
tuju mereka dengan lebih baik lagi.
4. Semak senarai alternatif.
Pelajar
perlu memperincikan alternatif-alternatif yang ada dan menyemak setiap
alternatif yang ingin dilakukan itu. Ini semua penting bagi melihat apa
yang seharusnya dilakukan melalui sub-sub alternatif yang ingin
dirancang. Semakin banyak semakan yang dibuat, pelajar akan mendapat
maklumat yang lebih banyak lagi dan ini akan menimbulkan pelbagai-bagai
idea dan pandangan baru dalam mencapai keputusan yang terbaik. Segala
maklumat dan idea-idea baru itu perlu dicatatkan agar pelajar itu tidak
lupa apa yang perlu mereka seharusnya lakukan dalam mendapat yang
terbaik dalam kehidupan mereka.
5. Bina peta minda alternatif-alternatif yang dipilih
Para pelajar perlu membuat lakaran gambaran hasil keputusan yang diambilnya untuk menjelaskan lagi bentuk yang dikehendakinya.
6. Bandingkan alternatif-alternatif dengan realiti sebenar.
Para
pelajar perlu tahu membandingkan antara alternatif yang dipilih itu
yang manakah paling sesuai untuk dicapai dan bersesuaian dengan realiti
sebenar. Mereka perlu bijak untuk membezakan alternatif-alternatif yang
tidak mungkin untuk mereka capai.
7. Membuat susunan keutamaan alternatif-alternatif yang dipilih.
Para
pelajar perlu melihat nilai-nilai alternatif yang mempunyai kaitan
rapat dengan keputusan yang ingin di ambil. Jadi di sini para pelajar
perlulah meneliti antara kaitan dengan keputusan yang ingin diambil
supaya alternatif yang diambil adalah realistik.
Alternatif dan nilai yang tidak sesuai dengan apa yang ingin dicapai perlulah disingkirkan.
8. Alternatif yang paling sesuai.
Para
pelajar perlu mengetahui apakah alternatif yang paling sesuai untuk
digunakan. Jika terdapat sesuatu yang tidak baik terhadap alternatif
tersebut maka sebaiknya para pelajar mengabaikan alternatif tersebut.
Namun jika para pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan yang
diterima tetapi hasilnya adalah memuaskan maka alternatif ini adalah
kurang baik untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun jika terdapat
alternatif yang memuaskan diri pelajar, maka pelajar perlulah membuat
keputusannya.
9. Mengambil tindakan
Apabila
keputusan telah dipersetujui, maka keputusan atau tindakan akan
dilakukan atau diambil. Jika tindakan yang diambil itu mendatangkan
kebimbangan dan ketidakpastian anda pastinya ia akan mengaburkan anda
untuk bertindak.
10. Menilai semula tindakan
Di
sini para pelajar perlulah sentiasa membuat semakan terhadap keputusan
yang dibuat sama ada ia berjalan seperti yang dirancang ataupun
sebaliknya. Jika keputusan yang dibuat oleh pelajar itu tidak berjalan
seperti yang dirancang, para pelajar perlulah kembali keperingkat awal
lagi. Apabila para pelajar kembali ke peringkat awal, maka para pelajar
perlulah mempersoalkan dalam diri pelajar sendiri sama ada dirinya
mempunyai maklumat yang cukup mengenainya ataupun tidak, mencari apakah
punca atau sebab sebenarnya ini terjadi dan perlulah merenungkan dan
memikirkan sama ada kegagalan yang dihadapi ini berpunca daripada diri
sendiri ataupun berpunca daripada orang lain. Kesemua ini perlulah
difikirkan oleh para pelajar sebelum membuat Sebarang tindakan ataupun
keputusan.
Para
pelajar juga perlulah mengambilkira sama ada ingin mengekalkan
keputusan yang dibuat atau ingin mengubah keputusan tersebut berdasarkan
hasil yang diperolehi. Ini adalah kerana jika para pelajar ingin
mengekalkan keputusan tersebut, maka para pelajar perlulah mengambil
tindakan dan jika sebaliknya pelajar juga perlulah mengambil tindakan
dengan kembali ke peringkat pemprosesan awal.
Dalam
membuat langkah-langkah keputusan ini, terdapat beberapa halangan atau
kesilapan yang biasa dilakukan oleh sesetengah para pelajar dalam
membuat pilihan keputusan untuk menentukan masa hadapannya. Antara
kesilapan yang biasanya dilakukan ialah:
1. Terlalu bergantung kepada pendapat seorang pakar sahaja.
2. Overestimating maklumat terhadap pihak tertentu.
3. Underestimating maklumat terhadap pihak tertentu sahaja
4. Prejudis dalam diri sendiri dan mahukan semuanya membantu ke arah kehendak anda.
5. Tidak mendengar apa kata hati dan perasaan.
Bagi
mereka yang ingin membuat keputusan kerjaya mereka, mereka juga perlu
mengikut susunan langkah-langkah yang bijak untuk membuat pilihan
kerjaya yang bijak.
- Berasaskan minat anda, anda perlu senaraikan pekerjaan yang berkaitan dengan potensi dan minat diri anda. Anda perlu mengumpul maklumat tentang dunia pekerjaan ini dan maklumat-maklumat ini boleh diperolehi daripada kaunselor-kaunselor anda sendiri. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk dibantu secara teliti bagaimana untuk membuat langkah pertama ini secara berkesan.
- Berdasarkan senarai nama pekerjaan yang anda senaraikan itu, anda diminta untuk memotong mana-mana pekerjaan yang tidak atau kurang anda sukai. Ini bermakna jumlah pilihan akan berkurangan.
- Membandingkan kesemua pekerjaan itu dan mengenalpasti pilihan pertama, pilihan kedua dan pilihan ketiga anda. Di sini anda perlu lihat positif dan negatifnya sesuatu keputusan yang dibuat itu.
- Memilih satu daripada ketiga-tiga pilihan itu untuk dijadikan keputusan untuk memilih kerjaya.
PERINGATAN
No comments:
Post a Comment