Selaras dengan aspirasi negara untuk
mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020, keperluan terhadap
penggunaan dan pengetahuan teknologi tinggi akan menjadi semakin
penting. Salah satu syarat untuk mencapai aspirasi ini ialah institusi
pengajian tinggi perlu melahirkan ramai pakar dalam bidang sains dan
teknologi termasuk fizik. Berikut diberikan satu panduan ringkas
tentang prospek dan peluang yang boleh diceburi oleh graduan sains yang
berkelulusan Sarjana muda Sains dalam bidang Fizik.
1. Industri
Bagi
graduan ijazah pertama dalam bidang fizik, peluang pekerjaan dalam
industri adalah luas. Pada masa ini peluang utama bagi graduan fizik di
industri adalah dalam industri elektronik / kawalan dan penjanaan
tenaga, bahan komposit, nuklear, logam dan aloi.
Dalam bidang industri pembuatan,
graduan fizik diperlukan paling utama dalam bidang rekabentuk, produk
dan proses atau sistem. Bidang ini bersesuaian dengan graduan fizik
kerana ia memerlukan kemahiran imaginasi, kreativiti, permahaman
konsep-konsep asas dan pengetahuan tentang proses-proses penyediaan
bahan.
2. Pendidikan
Bidang
pendidikan, sama ada di peringkat pengajian tinggi atau sekolah adalah
bidang pekerjaan yang biasa diceburi oleh graduan fizik. Satu perkara
yang harus diberi perhatian adalah bagi universiti dan
institusi-institusi pengajian tinggi, lazimnya hanya graduan-graduan
yang cemerlang sahaja yang diterima menjadi tenaga akademik mereka.
Kelulusan yang cemerlang adalah
perlu kerana graduan-graduan di peringkat ijazah pertama ini biasanya
dikehendaki melanjutkan pengajian mereka di dalam atau luar negera di
peringkat yang lebih tinggi seperti Sarjana dan Doktor Falsafah. Di
samping mengajar, mereka juga menjalankan penyelidikan dalam bidang
kepakaran masing-masing.
Bagi graduan yang ingin menjadi
guru pula, mereka seharusnya memasuki maktab perguruan, atau mengambil
diploma pendidikan yang mana pada kebiasaannya akan mengambil masa
setahun. Selain daripada subjek fizik, guru lepasan ijazah biasanya
dikehendaki juga mengajar subjek-subjek lain seperti matematik atau
sains fizikal.
3. Penyelidikan dan Pembangunan
Walaupun
bidang penyelidikan dan pembangunan ini wujud di sekotr industri dan
graduan fizik boleh menyertainya, terdapat juga institusi-institusi di
negara kita ini yang membuka peluang kerjaya kepada lepasan Sarjana muda
Sains Fizik yang hanya ingin menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan
pembangunan sahaja. Antara institusi-institusi itu adalah SIRIM, IMR,
RRI, PORIM, FRIM, MIMOS, AMREC, PRSS, TNRD dan MINT.
Di sini bidang kerja
penyelidikan dan pembangunan adalah luas dan kadang-kadang memerlukan
seseorang itu mengkhusus dalam sesuatu bidang yang khusus sahaja.
Kerjaya sebagai penyelidik biasanya melibatkan penghasilan bahan-bahan
baru, penemuan kaedah baru atau pembangunan alat-alat baru. Pada
lazimnya penyelidik bekerja di dalam makmal, serta membentangkan hasil
penemuan dan penyelidikan mereka. Di samping itu mereka juga sentiasa
mengikuti perkembangan-perkembangan semasa melalui jurnal atau
media-media lain.
4. Pengajian Di Peringkat Tinggi (Penyelidikan & Pengajian Siswazah)
Sebilangan
graduan ijazah pertama fizik mungkin berminat untuk meneruskan
pengajian mereka dalam subjek fizik, tetapi dalam bidang-bidang yang
lebih mengkhusus. Pusat Pengajian Fizik, UKM menawarkan kursus-kursus
dan penyelidikan yang membolehkan lepasan ijazah pertama fizik
melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Antara bidang-bidang yang ditawarkan adalan Tenaga, Fizik Bahan, Fizik
Keadaan Pepejal, Superkonduktor, Astronomi dan Fizik Teori. Peluang
kerja bagi lepasan fizik ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah ini adalah
lebih baik untuk bidang yang sama seperti yang telah diterangkan.
5. Bidang-bidang lain
a) Fizik Angkasa
Ini
adalah satu bidang kerjaya yang baru dan sedang berkembang di Malaysia.
Pada masa ini satu badan Agensi Angkasa Negara di Kementerian Sains,
Teknologi & Alam Sekitar sedang memperkembangkan penglibatan negara
kita di arena penerokaan angkasa lepas. Kerjaya sebagai ahli astronomi
di Malaysia melibatkan membuat kajian, pendidikan, penyebaran maklumat
dan perancangan tentang penglibatan negara kita di sektor angkasa lepas
di peringkat antarabangsa.
Walaupun peluang kerja di bidang
ini bagi graduan ijazah pertama agak terhad pada masa ini, tetapi ia
mempunyai prospek yang cemerlang pada masa hadapan memandangkan negara
kita semakin bergiat dalam aktiviti penerokaan angkasa dan penglibatan
dalam penghantaran satelit bumi.
b) Geofizik
Kerjaya
ahli geofizik biasanya terdapat di sector industri minyak, gas,
kajibumi dan petroleum. Tugas utama bagi seorang ahli geofiizk antara
lain adalah mencari dan membuat analisis serta merancang tentang
punca-punca minyak, gas atau produk petroleum. Sekarang ini, ahli
geofizik juga terlibat dalam kerja-kerja pemeliharaan alam sekitar dalam
industri minyak / petroleum.
c) Perubatan
Bagi
bidang perubatan, peluang kerjaya adalah bagi graduan dalam bidang
audiologi, fizik perubatan, kejuruteraan bioperubatan dan fizik
kesihatan. Oleh kerana sesetengah daripada bidang ini adalah bidang
yang khusus, kelulusan di peringkat sarjana atau lebih tinggi adalah
lebih diutamakan. Dari segi prospek kerjaya pada masa hadapan, bidang
kerjaya fizik perubatan ini sangatlah baik, kerana semakin maju negera
kita, semakin tinggi permintaan bagi perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti. Peralatan perubatan pada masa kini juga sudah semakin
canggih dan kepakaran dari bidang fizik adalah diperlukan bagi tujuan
penyenggaraan.
d) Meteorologi
Meteorologi
adalah satu bidang yang mengkaji fizik awan, fizik atmosfera dan
kegeloraan atmosfera. Ahli meteorologi juga bertanggungjawab tentang
pengumpulan data berkenaan atmosfera dan seterusnya mencari kaedah
ramalan cuaca yang lebih tepat lagi. Walaupun pada tanggapan kita
bidang meteorology ini di bawah bidang geografi atau kajian alam
sekitar, tetapi seorang graduan fizik boleh menjurus dalam bidang ini.
e) Fizik Tenaga
Tenaga
merupakan satu unsur penting dalam pembangunan sesebuah negara. Kajian
tenaga melibatkan banyak disiplin ilmu, tetapi ilmu asasnya adalah
fizik, terutamanya mekanik, termodinamik, dan sifat-sifat terma bahan.
Penyelidikan dalam bidang ini termasuklah penjanaan tenaga, mendapatkan
bahan baru penjanaan tenaga, kajian prestasi sistem, sistem
pengawalan, system pemantualn, aras keselesaan dan kesan terhadap
persekitaran. Prospek kerjaya amatlah luas kerana bidang fizik tenaga
itu sendiri amat luas; dari asas tenaga sehingga teknologi penjanaan
tenaga.
f) Lain-lain
Pada masa ini terdapat juga sektor-sektor yang terlibat dalam pembekalan peralatan yang memerlukan graduan fizik sebagai eksekutif pemasaran.
Ini adalah disebabkan bahawa latihan yang dilalui oleh seorang
pemegang ijazah fizik, sudah cukup untuk memberikan kemahiran seseorang
itu dalam memperihalkan dan memahami bagaimanakah sesuatu produk itu
dihasilkan dan seterusnya menerangkan tentang fungsi dan kegunaannya.
Satu lagi bidang baru yang terdapat di negara kita pada masa ini ialah Sains dan Teknologi Ketenteraan dan Pertahanan.
Memandangkan kemajuan peralatan ketenteraan yang semakin canggih dan
penyenggaraan yang semakin rumit, keperluan kakitangan mahir dan
terlatih daripada pelbagai disiplin termasuk fizik adalah amat
diperlukan. Peluang kerjaya dalam bidang ini biasanya ditawarkan di
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Maklumat amat membantu...>__<
ReplyDeleteSaya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
DeleteNama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks 4 for the infoo :) .. sangad membantuu :)
ReplyDeleteSalam, saya pelajar fizik di uitm.Boleh tak kalau saya bekerja di bahagian aeroangkasa?. Mohon pencerahan. Terima kasih
ReplyDeleteBoleh je lahant
Deleteapakah cabang bidang untuk sambung degree klau saya lepasan matrikulasi sains fizikal?
ReplyDeletebuat analisa pada diri sendiri dahulu minat bahagian apa.. jika suka penyelidikan boleh minta sains fizik.. lagipon sekarang permintaan terhadap jurusan sains tulen(fiz,kim,bio) amat berkurang dalam malaysia..
DeleteBerkurang camana tuu,,,,kurang orang ambil atau kurang peluamg pekerjaan
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletegood information..
ReplyDeletehey visit n follow my blog at hanisnieys07.blogspot.my
Terima kasih maklumat mmbntu
ReplyDeleteAdakah anda mahu memenuhi impian anda dengan dana? Dalam tempoh 24 jam, GLORIA'S LOAN COMPANY (GLC) menyediakan semua jenis Pinjaman pinjaman antarabangsa / tempatan contohnya, pinjaman perniagaan, pinjaman rumah dan lain-lain Pinjaman @ 2% kadar faedah. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel dengan maklumat di bawah;
ReplyDeleteData pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
E-mel: (gloriasloancompany@gmail.com) ATAU Nombor Whatsapp: WhatsApp Nombor: +1 (361) 645-7557.
Terima kasih
https://gloriasloanc.blogspot.com/2019/03/loan-application.html