SIAPAKAH ITU JURUTERA AEROANGKASA?
Mengikut
definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), jurutera
aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat di dalam
mana mana peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan
juga astronautik.
Jurutera Aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan di dalam rangkuman atmosfera bumi.
SIAPAKAH ITU JURUTERA ASTRONAUTIKAL?
Jurutera Astronautikal terlibat dalam bidang penerbangan diluar rangkuman atmosfera bumi.
KUMPULAN KERJA AEROANGKASA?
Sebuah
kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabungan jurutera, saintis
serta juruteknik aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dan
kemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis
mengelolakan peraturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat
digunakan oleh jurutera dalam proses penyelesaian sebelumnya. Juruteknik
yang kebiasaannya amat mahir mengendalikan mesin mesin serta
peralatanan pula, bertindak membantu kerja kerja jurutera dan saintis.
Bidang Kerjaya Aeroangkasa
I. ANALITIKAL
Jurutera
analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa
data yang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila
menganalisa ketegasan sesuatu bahan.
II. KOMPUTASI DINAMIK BENDALIR
Jurutera
KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa
pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara
mengelilingi permukaan pengangkat (lifting surface).
III. ANALISA KOS
Jurutera
penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan
sumber semasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon
terbaik yang boleh dipilih untuk diberikan kontrak kerja.
IV. REKABENTUK
Jurutera
rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukan
susunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi
keperluan yang telah tetapkan bagi mengatasi masalah masalah
kejuruteraan. Contoh mudah ialah merekabentuk pesawat terbang.
V. PERKHIDMATAN PENGGUNA
Perkhidmatan
ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri berkenaan
dengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan
pengguna dapat menggunakan barangan dengan baik dan sesuai. Sebarang
perubahan dan keperluan semasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini
juga bekerjasama rapat denagn jurutera rekabentuk bagi membolehkan mutu
dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.
VI. UJIAN PENERBANGAN
Jurutera
ujian penerbangan merancang ujian ujian penerbangan serta mengumpulkan
data data dari ujian ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai
oleh pesawat dalam mencapai kehendak atau kriteria rekabentuk
terdahulunya. Contohnya ialah dalam meningkatkan serta memastikan tahap
prestasi pesawat yang baru dicipta didalam keadaan unggul sebelum
dikeluarkan dalam kuantiti yang besar..
VII. PENGURUSAN
Posisi
pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang berpengalaman dan
mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang
aeroangkasa seperti juga pengurus pengurus di dalam bidang bidang lain
mengendalikan masalah berkaitan dengan kakitangan, membuat keputusan
perniagaan serta aktiviti aktiviti teknikal yang lain.
VIII. PENGELUARAN
Jurutera
pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukan
bahwa komponen boleh dikeluarkan dengan kos yang paling rendah. Jurutera
pengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati
spesifikasi yang telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran
sayap bagi pesawat terbang.
IX. PEMASARAN
Jurutera
pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada
pelangan baru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan
semasa dengan syarikat serta memastikanpelangan menerima produk yang
bermutu tinggi. Jurutera pemasaran juga perlu bijak untuk mengenal-pasti
permintaan baru dimasa hadapan bagi tujuan penjualan dan pembangunan
produk yang berterusan.
X. BAHAN DAN PEMEROSESAN
Jurutera
bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan.
Contohnya ialah pengujian keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan
keterikannya.
XI. PERISIAN SISTEM
Juruteran
sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistem
aeroangkasa. Contoh mudah ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan
elektronik.
BIDANG BERKAITAN
Bidang
bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang
dilakukan didalam proses pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah
pekerjaan yang berkaitan dalam penentuan keboleh-harapan,
keselenggaraan, ketahanan, serta keseluruhan perkhidmatan sokongan
produk akhir yang dikeluarkan.
BAGAIMANAKAH DENGAN KEADAAN PEKERJAAN?
Kerjaya
juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yang
lebih kurang sama dengan pekerjaan pekerjaan kejuruteraan yang lain.
Kebanyakan kerja dijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal
penyelidikan.
APAKAH BIDANG MATAPELAJARAN YANG PERLU DIAMBIL BAGI MENYEDIAKAN SAYA UNTUK KERJAYA DIBIDANG AEROANGKASA?
Bagi
memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan dengan
aeroangkasa, adalah lebih baik jika matapelajaran matapelajaran
berkaitan dengan sains dan matematik diberikan penekanan yang
sewajarnya. Ini termasuklah Matematik Moden dan Matematik Tambahan serta
Fizik. Kursus Komunikasi seperti Bahasa Inggeris juga tidak boleh
diabaikan. Jurutera memerlukan pengetahuan asas fizik dan matematik bagi
menyelesaikan masalah kejuruteraan dan pengetahuan berkomunikasi adalah
amat wajar bagi menyalurkan ilham ilham dan perancangan kejuruteraan
yang kompleks dalam bahasa yang mudah, terang, berkesan serta senang
difahami.
APAKAH YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI SEORANG JURUTERA AEROANGKASA?
Kelayakan
minima untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa ialah ijazah sarjana
muda, BA. atau BS. Kelayakan tambahan pasca siswazah seperti MS. dan
Ph.D pula boleh memberikan anda kelebihan tambahan apabila memohon
pekerjaan. Bagi menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlulah sentiasa
memastikan suatu pengajian berterusan. Ini dapat memastikan bahwa mereka
sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan kejuruteraan semasa, teknik
terbaru, bahan bahan serta proses yang baru. Kesemuanya ini diperolehi
dengan mengikuti kursus kursus yang sentiasa ditawarkan oleh pusat pusat
pengajian kejuruteraan seperti universiti serta persatuan / institut
Jurutera Berdaftar. Kebanyakan negara seperti Malaysia memastikan
jurutera memperolehi sijil pendaftaran sebelum berkhidmat. Lembaga
Jurutera Malaysia adalah lembaga yang mengawal selia jurutera jurutera
diMalaysia dan pendaftaran jurutera profesional pula dikendalikan
melalui Institut Jurutera Malaysia.
APAKAH JANGKAAN KERJAYA DI MASA HADAPAN?
Dengan keadaan ekonomi yang
tidak memberangsangkan, peluang pekerjaan bagi kesemua kerjaya
termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan. Syarikat
syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit
kesukaran dalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan masa kerja,
pengurangkan perbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa
mengurangkan serta memberhentikan kakitangan. Keadan ini bukan terhad
kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai oleh negara maju seperti
Amerika Syarikat.
Bagaimana pun peluang kerja baru
sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang 70% dari pekerjaan baru
yang ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat dari
kakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan lama kerana bertukar
kelokasi lain atau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti
peluang pekerjaan dibidang aeroangkasa adalah menerusi proses ini.
Perebutan jawatan didalam
industri ini juga meningkat kerana bertambahnya bilangan pekerjaan
dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakan
dalam bidang mekanikal, elektrikal, kimia dan lain lain.
Bagaimana pun prospek masa depan
adalah amat cerah terutama didalam bidang penerbangan awam. Keperluan
pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjamin perkembangan
industri pembuatan pesawat terbang dan industri penerbangan awam.
Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang
orang awam telah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang
oleh pengeluar pasawat terbang 'gergasi' seperti Boeing serta Airbus
serta pengeluar pesawat terbang kecil seperti IPTN diIndonesia serta
Eagle Aircraft dan juga SME di Malaysia.
APAKAH SARAAN PURATA BAGI KERJAYA INI?
Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat.
Purata saraan tahunan permulaan bagi jurutera berkelayakan bachelor di bidang bidang berkenaan adalah...
- Aeroangkasa.............................$30,860
- Kimia........................................$39,204
- Awam.......................................$29,809
- Elektrikal...................................$34,840
- Industrial...................................$33,267
- Mekanikal.................................$35,051
- Metalurgikal..............................$33,429
- Perlombongan...........................$32,638
- Nuklear................................... $33,603
- Petroleum.................................$38,286
Saraan tahunan awal bagi jurutera dengan kelayakan dibawah adalah ...
- BA/BS................................... $34,100
- MS.........................................$40,200
- Ph. D......................................$55,300
mcm mane degn keje untuk course nie for perempuan
ReplyDelete