Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa
hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam
sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia
terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan
ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai
pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor
awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang
dipikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi
tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi
cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara
berjalan dengan lancar.
Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan
di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di
kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan
kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan
ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak dinafikan
bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa
pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli
perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi
pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.
Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan meyumbangkan khidmat
mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini.
Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang
diberikan ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti
yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian. Tidak dapat
dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya
masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu
hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama
mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupu merengkok
di penjara.
Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding di sektor swasta.
Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga.
Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini. Selain itu juga,
sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang
memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs,
kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam
terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan
macam-macam lagi. Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di
buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar,
biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah gaji
kakitangan awam dinaikkan pada awal tahun ini.
Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam.
Tedapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.
ANDA TIDAK TERUJA KE? Dan
bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan sendiri. Dan
disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang
dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun.
sumber:
http://shukorsubahir.com/blog/berita-terkini/kerja-kerajaan-vs-kerja-swasta.html
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.