Minat Kerjaya Holland

Pemilihan pekerjaan adalah penglahiran perlakuan yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti dan kebolehan seseorang. Pekerjaan mengambarkan cara hidup dan persekitaran, bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan. Sebagai contoh, bekerja sebagai seorang tukang kayu bukan sahaja bermaksud menggunakan alat-alat sahaja, tetapi ianya juga mewakili status tertentu, pernanan komuniti dan cara hidup yang khusus. 

Inti pati daripada kenyataan di atas, pemilihan kerjaya ialah satu eksperesi personaliti individu. kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti adalah berkadar terus dengan darjah keselarasan antara jenis personaliti individu dengan jenis persekitiran tempat individu bekerja. Ini bermakna semakin tinggi darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran tempat individu tersebut bekerja, semakin tinggi kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti.

Holland telah memperkenalkan enam jenis personaliti dan persekitaran (RIASEC) terhadap sesuatu pekerjaan. Berikut adalah enam konstruk tersebut berserta contoh perkejaan yang bersesuaian:

REALISTIK - R= Individu yang mempunyai kemahiran elektrik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Cenderung bekerja di luar bangunan.
CONTOH KERJAYA :JURUTERA, OPERATOR MESIN,MEKANIK,JURU TEKNIK,JURU UKUR,PENGIMPAL,PENTERNAK

INVESTIGATIF - I= Individu yang suka membuat pemerhatian, memperlajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta kerjaya bercorak teknikal.
CONTOH KERJAYA :AHLI KAJI CUACA / KAJI BINTANG,AHLI SAINS,DOKTOR / PAKAR BEDAH,AHLI FARMASI,JURUTEKNIK MAKMAL PERUBATAN,PENGANALISIS SISTEM,JURUTERBANG

ARTISTIK - A=Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.
CONTOH KERJAYA: PENYAIR,PEMIMPIN ORKESTRA, PENGARANG,PELUKIS POTRET,JURUGAMBAR,ARKITEK / PEREKA DALAMAN,GURU MUZIK,JURUTEKNIK PELUKIS KOMPUTER

SOSIAL - S= Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, mengubati dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.
CONTOH KERJAYA:GURU,PEGAWAI PERHUBUNGAN,KAUNSELOR,AHLI PSIKOLOGI, DIPLOMAT,PAKAR PERUNDING,AHLI TERAPI,
PENYIASAT / PEGAWAI POLIS

ENTERPRISING - E= Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpim, mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. 
CONTOH KERJAYA :EKSEKUTIF PENGIKLANAN / PERNIAGAAN,PENGARAH PENYIARAN, USAHAWAN,PENTADBIR HOSPITAL, HAKIM / PEGUAM, WAKIL / PENJUAL KOMPUTER, AHLI POLITIK

CONVENTIONAL - C= Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu dengan terperinci, akur dan mengikut arahan.
CONTOH KERJAYA :PENYIMPAN KIRA-KIRA, AKAUNTAN / KERANI BANK, PEGAWAI INSURAN, PENGENDALI KOMPUTER, PENILAI HARTA, SETIAUSAHA, GURU MATEMATIK / PERDAGANGAN

2 comments:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  2. kebolehan intuisi tu mcm firasat eh?

    ReplyDelete