Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)


Sekiranya keputusan anda kurang memberansangkan, peluang untuk anda melanjutkan pelajaran masih terbuka. Anda digalakkan memohon Program Mengubah Destini Anak Bangsa ( MDAB ) yang di tawarkan di semua UiTM seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan borang tersebut di UiTM berhampiran dengan tempat anda. Penubuhan program MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM2,000 sebulan.

 Syarat-syarat kemasukan ke program PD002 (Pra Diploma Perdagangan):

1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Lulus Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris

Syarat-syarat kemasukan ke program PD007 (Pra Diploma Sains)
:1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Kredit Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris
4) Lulus salah satu (1) matapelajaran berikut: Fizik, Kimia, Biologi, atau Sains Tambahan

Umur pemohon hendaklah tidak melebihi 23 tahun semasa tarikh permohonan.

Borang Permohonan
Borang Pengesahan Pendapatan

No comments:

Post a Comment