Langkah-Langkah Bijak Dalam Memilih Kerjaya

 
Dalam membuat sesuatu keputusan dan pilihan dalam kehidupan, anda perlu bertindak bijak dalam  menyusun strateginya dan merancang tindakan yang perlu diambil dari pelan strategi yang dibuat. Dalam bahagian ini kita akan mengulas dengan lebih lanjut bagaimana langkah-langkah untuk membuat sesuatu keputusan dan pilihan yang bijak dalam menentukan masa hadapan yang cemerlang dunia dan akhirat.

1. Menetapkan matlamat
Dalam merangka masa depan yang realistik, anda terlebih dahulu perlu meletakkan satu matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Misalnya jika anda bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor, maka anda perlu memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan diduduki. Selepas itu, barulah anda boleh memohon untuk memasuki institusi yang menyediaakan program-program persediaan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Justeru itu, pada peringkat awal, anda wajib memiliki matlamat yang jelas. Ingat matlamat itu menjadi tanda arah untuk anda mencapai cita-cita.

2. Tuliskan seberapa banyak alternatif yang boleh difikirkan.
Disini pelajar perla melihat kesan baik dan buruk alternatif yang difikirkan tadi. Buat kajian ringkas kebaikan dan cabaran yang di hadapi apabila memutuskan untuk memilih satu-satu bidang kerjaya.

3. Fikirkan di mana boleh diperolehi maklumat lain sebagai alternatif yang boleh digunakan.

Pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak yang tertentu dan berkaitan dengan maklumat ayng diinginkan itu. Contohnya pelajar boleh memperolehi daripada rakan-rakan, keluarga, agensi-agensi negeri dan pusat, organisasi profesional, online service, akhbar, majalah, buku-buku dan lain-lain lagi.  Namun apa yang pasti maklumat daripada kaunselor-kaunselor sekolah atau tempat anda belajar perlu diperolehi agar dapat digunakan untuk membuat pilihan dan keputusan. 

Melalui kaunselor juga, pelajar akan mampu menyedari tentang keupayaan dan kemampuan diri dalam sesuatu perkara. Contohnya pelajar boleh juga mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya daripada kaunselor-kaunselor anda dalam menentukan masa hadapan kerjaya anda sendiri. Perancangan yang tepat dan bijak serta mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada kaunselor, seseorang itu mampu untuk menentukan masa hadapan atau arah tuju mereka dengan lebih baik lagi.

4. Semak senarai alternatif.

Pelajar perlu memperincikan alternatif-alternatif yang ada dan menyemak setiap alternatif yang ingin dilakukan itu. Ini semua penting bagi melihat apa yang seharusnya dilakukan melalui sub-sub alternatif yang ingin dirancang. Semakin banyak semakan yang dibuat, pelajar akan mendapat maklumat yang lebih banyak lagi dan ini akan menimbulkan pelbagai-bagai idea dan pandangan baru dalam mencapai keputusan yang terbaik. Segala maklumat dan idea-idea baru itu perlu dicatatkan agar pelajar itu tidak lupa apa yang perlu mereka seharusnya lakukan dalam mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka.

5.  Bina peta minda alternatif-alternatif yang dipilih

Para pelajar perlu membuat lakaran gambaran hasil keputusan yang diambilnya untuk menjelaskan lagi bentuk yang dikehendakinya.

6. Bandingkan alternatif-alternatif dengan realiti sebenar.

Para pelajar perlu tahu membandingkan antara alternatif yang dipilih itu yang manakah paling sesuai untuk dicapai dan bersesuaian dengan realiti sebenar. Mereka perlu bijak untuk membezakan alternatif-alternatif yang tidak mungkin untuk  mereka capai.
  
7. Membuat susunan keutamaan alternatif-alternatif yang dipilih.

Para pelajar perlu melihat nilai-nilai alternatif yang mempunyai kaitan rapat dengan keputusan yang ingin di ambil. Jadi di sini para pelajar perlulah meneliti antara kaitan dengan keputusan yang ingin diambil supaya alternatif yang diambil adalah  realistik.
 Alternatif  dan nilai yang tidak sesuai dengan apa yang ingin dicapai perlulah disingkirkan.

8. Alternatif yang paling sesuai.

Para pelajar perlu mengetahui apakah alternatif yang paling sesuai untuk digunakan. Jika terdapat sesuatu yang tidak baik terhadap alternatif tersebut maka sebaiknya para pelajar mengabaikan alternatif tersebut. Namun jika para pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima tetapi hasilnya adalah memuaskan maka alternatif ini adalah kurang baik untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun jika terdapat alternatif yang memuaskan diri pelajar, maka pelajar perlulah membuat keputusannya.

9. Mengambil tindakan

Apabila keputusan telah dipersetujui, maka keputusan atau tindakan akan dilakukan atau diambil. Jika tindakan yang diambil itu mendatangkan kebimbangan dan ketidakpastian anda pastinya ia akan mengaburkan anda untuk bertindak.

10. Menilai semula tindakan

Di sini para pelajar perlulah sentiasa membuat semakan terhadap keputusan yang dibuat sama ada ia berjalan seperti yang dirancang ataupun sebaliknya. Jika keputusan yang dibuat oleh pelajar itu tidak berjalan seperti yang dirancang, para pelajar perlulah kembali keperingkat awal lagi. Apabila para pelajar kembali ke peringkat awal, maka para pelajar perlulah mempersoalkan dalam diri pelajar sendiri sama ada dirinya mempunyai maklumat yang cukup mengenainya ataupun tidak, mencari apakah punca atau sebab sebenarnya ini terjadi dan perlulah merenungkan dan memikirkan sama ada kegagalan yang dihadapi ini berpunca daripada diri sendiri ataupun berpunca daripada orang lain. Kesemua ini perlulah difikirkan oleh para pelajar sebelum membuat Sebarang tindakan ataupun keputusan.

Para pelajar juga perlulah mengambilkira sama ada ingin mengekalkan keputusan yang dibuat atau ingin mengubah keputusan tersebut berdasarkan hasil yang diperolehi. Ini adalah kerana jika para pelajar ingin mengekalkan keputusan tersebut, maka para pelajar perlulah mengambil tindakan dan jika sebaliknya pelajar juga perlulah mengambil tindakan dengan kembali ke peringkat pemprosesan awal.
Dalam membuat langkah-langkah keputusan ini, terdapat beberapa halangan atau kesilapan yang biasa dilakukan oleh sesetengah para pelajar dalam membuat pilihan keputusan untuk menentukan masa hadapannya. Antara kesilapan yang biasanya dilakukan ialah:
1.   Terlalu bergantung kepada pendapat seorang pakar sahaja.
2.   Overestimating maklumat terhadap pihak tertentu.
3.   Underestimating maklumat terhadap pihak tertentu sahaja
4.   Prejudis dalam diri sendiri dan mahukan semuanya membantu ke arah kehendak anda.
5.   Tidak mendengar apa kata hati dan perasaan.

Bagi mereka yang ingin membuat keputusan kerjaya mereka, mereka juga perlu mengikut susunan langkah-langkah yang bijak untuk membuat pilihan kerjaya yang bijak.

  1. Berasaskan minat anda, anda perlu senaraikan pekerjaan yang berkaitan dengan potensi dan minat diri anda. Anda perlu mengumpul maklumat tentang dunia pekerjaan ini dan maklumat-maklumat ini boleh diperolehi daripada kaunselor-kaunselor anda sendiri. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk dibantu secara teliti bagaimana untuk membuat langkah pertama ini secara berkesan.
  2. Berdasarkan senarai nama pekerjaan yang anda senaraikan itu, anda diminta untuk memotong mana-mana pekerjaan yang tidak atau kurang anda sukai. Ini bermakna jumlah pilihan akan berkurangan.
  3. Membandingkan kesemua pekerjaan itu dan mengenalpasti pilihan pertama, pilihan kedua dan pilihan ketiga anda. Di sini anda perlu lihat positif dan negatifnya sesuatu keputusan yang dibuat itu.
  4. Memilih satu daripada ketiga-tiga pilihan itu untuk dijadikan keputusan untuk memilih kerjaya.

PERINGATAN

Untuk mendapatkan keputusan pemilihan kerjaya yang lebih bagus dan menepati potensi diri berjumpalah dengan KAUNSELOR ANDA!!!!!. Anda pasti akan DIBANTU!!!!. Di sana anda akan TEMUI JAWAPANNYA!!!!!.

No comments:

Post a Comment